Warga emas rogol kambing betina berdepan hukuman penjara 20 tahun "Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan iaitu kambing betina di belakang sebuah rumah pada jam 1.30 tengah hari" Hulu Selangor:
Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina.
Tertuduh, Shaari Hasan, 60 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan iaitu kambing betina di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang, di sini, pada jam 1.30 tengah hari. Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Belum ada Komentar untuk "Akibat P3rk0s4 Kambing HASAN Tertangkap Setelah Boron, Hasan Diancam 20 Tahun Penjara"
Posting Komentar